Sunday, July 27, 2008

KULIAH 3


Minggu ni pula menyentuh mengenai 'Theory and Management Practices'..

Tapi apa yang menarik minat saya pada kuliah kali ni apabila menyentuh berkenaan dengan masalah perlakuan ataupun etika dikalangan kakitangan di dalam sebuah organisasi. Ini kerana ia adalah perkara yang kerap terjadi di mana-mana organisasi sekalipun. Baru-baru ini saya sendiri telah menjadi mangsa diatas salah laku etika seorang pekerja yang bekerja di pejabat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sendiri...ketika itu, saya berada di pejabat dan sedang mengambil slip keputusan peperiksaan serta sedang mencari-cari dimanakah slip yang tertera nama saya. Sepantas kilat pekerja itu merampas slip dan menengking saya, dan dia bertanya "nak cari siapa punye ni,pandai-pandai sendiri plak?!" "MC berapa ni?! 222 ke 223 ke?! "nama apa ni,mula dari huruf mana?!" saya tergamam dan terkejut...lalu menjawab pertanyaannya...tetapi terdetik didalam hati ketika itu...saya dah lama jadi student, saya bukan bayi untuk disuap selalu, takkanlah benda-benda mudah seperti itu, saya tak tahu nak selesaikannya sendiri. Lagipun, saya tak suruh dia menyusahkan diri nak cari slip untuk saya. Sebenarnya, pertama kali saya melihat pekerja itu, pekerja baru agaknya. Selalunya bagi semua pelajar-pelajar Mascomm, segala masalah akan dibantu oleh Kak Shina. Kak Shina juga kadang-kadang garang, tetapi bertempat dan tidaklah seteruk pekerja itu. So rude beb! Saya juga lihat, pekerja itu bukanlah banyak sangat buat kerja, duduk dan makan sahaja kerjanya. Macam ni ke sikap kakitangan kerajaan? Tiba-tiba saja meninggikan suara. Bekerja di fakulti komunikasi, tetapi malangnya dia mempraktikkan komunikasi yang sangat teruk.

Disini dapat dilihat bahawa etika kerja yang baik dan positif sebenarnya perlu ditanam di kalangan kakitangan awam supaya mutu perkhidmatan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan sekiranya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan mahupun rakyat sentiasa cekap, bermutu tinggi dan berkesan. Perkhidmatan Awam akan sentiasa dihormati. Saya juga pasti mungkin ada sistem yang telah dilaksanakan di mana pihak pekerja dan majikan dapat bersama-sama berganding bahu bekerja ke arah peningkatan mutu kerja dan kecekapan di dalam perkhidmatan. Bagi saya ini bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.Ini kerana saya juga dapat maklumat bahawa negara Jepun telah membuktikan bahawa pengurusan yang bersifat participative’ d semua peringkat pekerja...bukan sahaja memperbaiki, menambah dan mempertingkatkan produktiviti pekerja malahan perhubungan yang mesra dan muhibah di antara pekerja dan majikan dapat diwujudkan.


*75% MASALAH TEMPAT KERJA DSEBABKAN OLEH FAKTOR KOMUNIKASI- Chris Cole (1993)
*KOMUNIKASI BOLEH MEMBINA ATAU MEMBUNUH!

Saturday, July 19, 2008

KULIAH 2

Kuliah pada minggu lepas, menyentuh kepada konsep organisasi. Jadi disini, pemahaman saya sudah jelas bahawa organisasi adalah sistem yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang saling bergantungan untuk menghasilkan sebarang input atau pengeluaran. Beberapa individu bergandingan dengan menggunakan tenaga, maklumat, material serta pemikiran. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh organisasi dipengaruhi oleh perlakuan dan diikuti oleh reaksi seseorang individu. Dan aktiviti ini pula dipengaruhi oleh setiap pengkhususan tugas yang diberikan berasaskan hiraki kuasa serta pegangan iaitu dimana setiap tanggungjawab yang dipegang hendaklah dijalankan mengikut struktur jawatan masing-masing. Seperti yang telah dibincangkan, bahawa setiap "compartment" didalam sesebuah syarikat hendaklah mempunyai sempadan, supaya setiap individu tahu tugas yang telah diberikan dan juga komunikasi pertalian kerja itu amat penting dalam sesebuah organisasi.
Jadi, dengan menggunakan komunikasi sebagai asas untuk manusia dapat memberikan kefahaman bagaimana manusia mengatur cara hidup dan organisasi adalah sesuatu yang dicipta oleh seseorang menerusi komunikasi dan aktiviti mereka.

Saturday, July 12, 2008

IDEA

Setelah 4 tahun lebih saya menuntut ilmu didalam bidang komunikasi..tetapi inilah kali pertama saya ditugaskan dan diwajibkan mempunyai 'blog' sendiri dan berbicara mengenai salah satu subjek iaitu 'organisational communication' ataupun 'komunikasi di dalam organisasi'. Mmm..pada mulanya saya agak tergamam,malah termenung seketika...tapi apabila difikirkan balik, ia adalah satu proses pembelajaran yang baru,yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.

Berbalik kepada subjek 'organisational communication' ini, walaupun saya tidak lagi diberi pendedahan yang dalam mengenainya, tetapi apa yang saya dapat fahami dan dapat katakan komunikasi adalah perkara sangat penting dalam apa jua perkara, termasuklah di dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang cemerlang bermula dengan komunikasi yang baik. Jadi, tujuan komunikasi di dalam organisasi adalah menyampaikan maklumat yang tepat dan benar diantara pekerja atau ahli organisasi samaada dari pihak atasan sehinggalah ke pekerja bawahan. Bila ia dapat dilakukan, maka prestasi sesebuah organisasi dapat dipertingkatkan.

Bila berbicara mengenai organisasi, pada pandangan saya sudah semestinya ia melibatkan kerjasama secara berkumpulan. Disini dilihat terjadinya krisis komunikasi, apabila kadang-kadang bukan mudah untuk sekumpulan manusia dapat mencapai kata sepakat serta mempunyai idea sealiran. Kerana ada juga diantara kita yang suka melakukan sesuatu kerja itu secara sendirian. Jadi disini mungkin terdapat permasalahan yang akan dihadapi dalam sesebuah organisasi. Walau apa pun, inilah yang dikatakan komunikasi diantara sama manusia mempunyai hubungan yang amat penting.

Dan komunikasi juga dapat membentuk organisasi mengenalpasti masalah dan memahami hubungan manusia dan kemanusiaan di tempat kerja dan seterusnya dapat membantu organisasi membentuk hubungan positif diantara satu sama lain bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.