Saturday, July 12, 2008

IDEA

Setelah 4 tahun lebih saya menuntut ilmu didalam bidang komunikasi..tetapi inilah kali pertama saya ditugaskan dan diwajibkan mempunyai 'blog' sendiri dan berbicara mengenai salah satu subjek iaitu 'organisational communication' ataupun 'komunikasi di dalam organisasi'. Mmm..pada mulanya saya agak tergamam,malah termenung seketika...tapi apabila difikirkan balik, ia adalah satu proses pembelajaran yang baru,yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.

Berbalik kepada subjek 'organisational communication' ini, walaupun saya tidak lagi diberi pendedahan yang dalam mengenainya, tetapi apa yang saya dapat fahami dan dapat katakan komunikasi adalah perkara sangat penting dalam apa jua perkara, termasuklah di dalam sesebuah organisasi. Organisasi yang cemerlang bermula dengan komunikasi yang baik. Jadi, tujuan komunikasi di dalam organisasi adalah menyampaikan maklumat yang tepat dan benar diantara pekerja atau ahli organisasi samaada dari pihak atasan sehinggalah ke pekerja bawahan. Bila ia dapat dilakukan, maka prestasi sesebuah organisasi dapat dipertingkatkan.

Bila berbicara mengenai organisasi, pada pandangan saya sudah semestinya ia melibatkan kerjasama secara berkumpulan. Disini dilihat terjadinya krisis komunikasi, apabila kadang-kadang bukan mudah untuk sekumpulan manusia dapat mencapai kata sepakat serta mempunyai idea sealiran. Kerana ada juga diantara kita yang suka melakukan sesuatu kerja itu secara sendirian. Jadi disini mungkin terdapat permasalahan yang akan dihadapi dalam sesebuah organisasi. Walau apa pun, inilah yang dikatakan komunikasi diantara sama manusia mempunyai hubungan yang amat penting.

Dan komunikasi juga dapat membentuk organisasi mengenalpasti masalah dan memahami hubungan manusia dan kemanusiaan di tempat kerja dan seterusnya dapat membantu organisasi membentuk hubungan positif diantara satu sama lain bagi meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.




No comments: