Kuliah pada minggu lepas, menyentuh kepada konsep organisasi. Jadi disini, pemahaman saya sudah jelas bahawa organisasi adalah sistem yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang saling bergantungan untuk menghasilkan sebarang input atau pengeluaran. Beberapa individu bergandingan dengan menggunakan tenaga, maklumat, material serta pemikiran. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh organisasi dipengaruhi oleh perlakuan dan diikuti oleh reaksi seseorang individu. Dan aktiviti ini pula dipengaruhi oleh setiap pengkhususan tugas yang diberikan berasaskan hiraki kuasa serta pegangan iaitu dimana setiap tanggungjawab yang dipegang hendaklah dijalankan mengikut struktur jawatan masing-masing. Seperti yang telah dibincangkan, bahawa setiap "compartment" didalam sesebuah syarikat hendaklah mempunyai sempadan, supaya setiap individu tahu tugas yang telah diberikan dan juga komunikasi pertalian kerja itu amat penting dalam sesebuah organisasi.
Jadi, dengan menggunakan komunikasi sebagai asas untuk manusia dapat memberikan kefahaman bagaimana manusia mengatur cara hidup dan organisasi adalah sesuatu yang dicipta oleh seseorang menerusi komunikasi dan aktiviti mereka.
Jadi, dengan menggunakan komunikasi sebagai asas untuk manusia dapat memberikan kefahaman bagaimana manusia mengatur cara hidup dan organisasi adalah sesuatu yang dicipta oleh seseorang menerusi komunikasi dan aktiviti mereka.
1 comment:
sekiranya sesebuah organisasi membina sempadannya sendiri supaya dengan cara individu itu sendiri mengetahui tugas mereka. tapi tidakkah anda terfikir, batas-batas yg dibina ini akan mengurangkan keupayaan seseorg untuk belajar kepakaran ataupun kepandaian yang lain?
Post a Comment