Minggu ni pula menyentuh mengenai 'Theory and Management Practices'..
Tapi apa yang menarik minat saya pada kuliah kali ni apabila menyentuh berkenaan dengan masalah perlakuan ataupun etika dikalangan kakitangan di dalam sebuah organisasi. Ini kerana ia adalah perkara yang kerap terjadi di mana-mana organisasi sekalipun. Baru-baru ini saya sendiri telah menjadi mangsa diatas salah laku etika seorang pekerja yang bekerja di pejabat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sendiri...ketika itu, saya berada di pejabat dan sedang mengambil slip keputusan peperiksaan serta sedang mencari-cari dimanakah slip yang tertera nama saya. Sepantas kilat pekerja itu merampas slip dan menengking saya, dan dia bertanya "nak cari siapa punye ni,pandai-pandai sendiri plak?!" "MC berapa ni?! 222 ke 223 ke?! "nama apa ni,mula dari huruf mana?!" saya tergamam dan terkejut...lalu menjawab pertanyaannya...tetapi terdetik didalam hati ketika itu...saya dah lama jadi student, saya bukan bayi untuk disuap selalu, takkanlah benda-benda mudah seperti itu, saya tak tahu nak selesaikannya sendiri. Lagipun, saya tak suruh dia menyusahkan diri nak cari slip untuk saya. Sebenarnya, pertama kali saya melihat pekerja itu, pekerja baru agaknya. Selalunya bagi semua pelajar-pelajar Mascomm, segala masalah akan dibantu oleh Kak Shina. Kak Shina juga kadang-kadang garang, tetapi bertempat dan tidaklah seteruk pekerja itu. So rude beb! Saya juga lihat, pekerja itu bukanlah banyak sangat buat kerja, duduk dan makan sahaja kerjanya. Macam ni ke sikap kakitangan kerajaan? Tiba-tiba saja meninggikan suara. Bekerja di fakulti komunikasi, tetapi malangnya dia mempraktikkan komunikasi yang sangat teruk.
Disini dapat dilihat bahawa etika kerja yang baik dan positif sebenarnya perlu ditanam di kalangan kakitangan awam supaya mutu perkhidmatan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan sekiranya perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan mahupun rakyat sentiasa cekap, bermutu tinggi dan berkesan. Perkhidmatan Awam akan sentiasa dihormati. Saya juga pasti mungkin ada sistem yang telah dilaksanakan di mana pihak pekerja dan majikan dapat bersama-sama berganding bahu bekerja ke arah peningkatan mutu kerja dan kecekapan di dalam perkhidmatan. Bagi saya ini bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.Ini kerana saya juga dapat maklumat bahawa negara Jepun telah membuktikan bahawa pengurusan yang bersifat ‘participative’ d semua peringkat pekerja...bukan sahaja memperbaiki, menambah dan mempertingkatkan produktiviti pekerja malahan perhubungan yang mesra dan muhibah di antara pekerja dan majikan dapat diwujudkan.
*75% MASALAH TEMPAT KERJA DSEBABKAN OLEH FAKTOR KOMUNIKASI- Chris Cole (1993)
*KOMUNIKASI BOLEH MEMBINA ATAU MEMBUNUH!
1 comment:
sebagai kakitangan awam yang sememangnya berkhidmat kepada pelajar dan juga pensyarah seharusnya tidak layak bertindak sedemikian. nama pun kerja di bahagian Komunikasi, sepatutnya hal sebegini tidak berlaku. seandainya mereka ini tidak pandai mengamalkan komunikasi yang berkesan lebih baik fakulti sendiri menghantar pihak2 sebegini ke seminar2 yang mengajar tentang interaksi yang sebetulnya ketika memberi perkhidmatan. saya sendiri nampak true color sikap2 staff ini yang seperti tiada perasaan malu terhadap pelajar2. lebih tepat lagi, pada pandangan saya pelajar2 komunikasi lebih matang berbanding staff tersebut. kami sebagai pelajar memahami tugas yang mereka pikul agak sibuk namun itu sudah menjadi satu tanggungjawab mereka ketika menerima jawatan tersebut. bererti, mereka (staff) memang bersedia dan terima apa2 tugas yang telah diamanahkan.
Post a Comment